Thursday 24 May 2012

Terkini! Dr. Juanda Jaya Mufti Perlis Letak Jawatan....??? Apa cerita..??

Khabar angin yang sedang bertiup kencang di sekitar negeri terkecil di Malaysia menghembuskan kisah sensasi terbaru. Menurut sumber dalaman, Dr.Juanda yang mengambil alih tugas sebagai Mufti Kerajaan Negeri Perlis daripada Dato' Arif Perkasa Dr. Mohd. Asri bin Zainal Abidin setelah mantan mufti dikatakan enggan menyambung kontraknya kerana tidak berpuas hati dengan sikap kerajaan negeri di bawah pimpinan Md. Isa bin Sabu yang berdolak-dalik sama ada hendak menyambung semula kontraknya pada penghujung kontraknya.

Namun begitu, bukan kisah MAZA yang cuba dipaparkan dalam entri penulis kali ini tetapi kisah Dr. Juanda Jaya yang dikatakan akan meletak jawatannya dalam masa terdekat. Tidak diketahui secara jelas apa penyebab kepada tindakan beliau meletakkan jawatannya sedangkan kontraknya masih lagi ada. menurut sumber, beliau telah memohon perkenan DYMM Tuanku Syed Sirajuddin untuk bercuti panjang pada pertengahan tahun 2012. Ia dilihat mempunyai perkaitan dengan desas-desus perletakan jawatan mufti tersebut.

Umum mengetahui ketegasan Dr. Juanda Jaya dalam beberapa isu sejak belakangan ini. Ketidakhadiran beliau dalam beberapa majlis yang melibatkan tuanku raja juga menimbulkan kehairanan dalam kalangan rakyat kerana biasanya seorang Mufti sentiasa berdamping dengan tuanku dalam setiap majlis rasmi terutamanya bila tiba musim sambutan Hari Keputeraan Baginda.

Timbul cakap-cakap yang menyatakan beliau amat tidak berpuas hati dengan beberapa keputusan yang melibatkan soal pengeluaran wang baitumal. Selama ini umum hampir langsung tidak mengetahui bahawa tidak dihadkan kuasa khususnya kepada seorang pengerusi di Baitumal Perlis untuk meluluskan seberapa banyak jumlah wang untuk apa jua tujuan yang difikirkan ada keperluan. Beliau dikatakan amat keras menentang beberapa keputusan untuk menghalalkan penggunaan wang baitumal negeri sedangkan kerajaan negeri langsung tidak mengambil peranan sebaiknya sebaliknya bergantung kepada ihsan wang baitumal negeri dalam kebanyakan kes. Difahamkan melalui risikan dalaman, berlaku juga penyelewengan terancang melalui beberapa pengeluaran wang oleh pengerusi Baitulmal yang kononnya bersandarkan kepada perkenan tuanku Raja Muda Perlis selaku YangDipertua Majlis Agama Islam Negeri Perlis. Difahamkan ada pengeluaran untuk menampung atau 'cash-advance' sehingga jumlah 100k kepada beberapa orang ahli majlis dan individu berprofil tinggi bagi tujuan bersifat peribadi. Alasan SPRM Perlis seperti selalu, tiada kakitangan dan bukti yang cukup.

Mungkinkah kerana hal ini yang menyebabkan Dr. Juanda bakal meletakkan jawatannya? Atau mungkin hal lain yang bersangkut dengan tuanku raja?

Baru-baru ini ketika seorang rakan yang bersolat di Masjid Alwi, beliau diberikan sesalinan doa yang ditulis sebagai doa rakyat khusus ditujukan kepada DYMM Raja Perlis dan kaum kerabatnya. Apa yang mengejutkan ialah doa tersebut menyatakan hal sensitif tentang perlakuan raja terutama dalam majlis tertentu yang tertutup. Juga disebutkan hal perebutan tender dan kontrak tertentu yang diperolehi oleh syarikat yang dimiliki tuanku. Namun sehingga hari ini, masih belum ada sebarang tindakan oleh pihak berkuasa terhadap individu yang mengedarkan salinan doa berkenaan dan difahamkan polis pun lambat mengetahui tentang hal ini. Apakah rakyat sudah hilang rasa kasih dan sayang serta penghormatan terhadap tuanku? Mungkinkah ia juga sabotaj terhadap individu tertentu yang ada kaitan dengan tuanku? Hanya ALLAH yang Maha Mengetahui.

Itu belum dikira daripada apa yang berlaku pada ketika majlis penganugerahan pingat kebesaran sempena Hari Keputeraan Raja Perlis ke 69 baru-baru ini. Tiada langsung barisan kepimpinan negeri yang mendapat sebarang pingat. Ia seperti memberikan isyarat bahawa prestasi Kerajaan UMNO/BARISAN NASIONAL di bawah pimpinan seorang bekas guru yang dikhabarkan membeli PhDnya amat lemah. Masakan tidak, sumbangan mereka dalam tahun sebelumnya langsung tidak diterjemahkan melalui sebarang anugerah prestij. Umum sedia mengetahui setiap kali tiba sambutan Hari Keputeraan Tuanku Raja Perlis, biasanya akan ada satu surat memohon limpah perkenan tuanku dengan MB selaku Ketua Eksekutif Kerajaan Negeri akan mencadangkan beberapa nama untuk dianugerahkan sebarang pingat sama ada yang membawa gelaran atau tidak. Ia sesungguhnya tidak berlaku pada tahun ini. Bahkan ada timbul sosek-sosek ketika majlis penganugerahan pingat yang menyatakan pingat yang membawa gelaran Dato' yang dianugerahkan kepada Pengarah Hospital Tuanku Fauziah diperolehi hasil kerajinannya berkaraoke dalam majlis tertutup bersama tuanku. Sampai begitu sekali penghinaan yang diberikan. Wallahu a'alam.

Apakah benar khabar yang menyatakan tentang perletakan jawatan Mufti Perlis ini? Saya tak terkejut jika beliau meletakkan jawatannya walaupun baru-baru ini Kerajaan Malaysia mencadangkan untuk menaiktaraf jawatan ini sama dengan jawatan exco namun sebagai seorang yang dikenali dengan ketegasan prinsip, beliau takkan memandang kedudukan dan kuasa sebagai keutamaannya. Dengan kecaca-marbaan amalan sunnah wal jamaah yang dilaksanakan di Perlis pada waktu ini, ia menambah kuat khabar perletakan jawatan beliau. Apa tidaknya, mereka yang dilantik memegang jawatan penting sama ada dalam Jabatan Hal Ehwal Agama Islam Negeri Perlis mahupun Majlis Agama Islam Negeri Perlis dan agensi berkaitan sendiri tidak mengamalkan sunnah wal jamaah yang menjadi penekanan utama dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaan Negeri Perlis jika hendak melaksanakan sebarang pelantikan berkaitan. Tuanku Raja sepatutnya dimaklumkan untuk mendapat perkenan tetapi ia tidak berlaku. Ia dikanggar sewenang-wenang oleh beberapa individu berkepentingan tanpa mengira ia bercanggah dengan peruntukan yang jelas disebut dalam undang-undang negeri. Tidakkah Penasihat Undang-Undang Kerajaan Negeri Perlis tahu dan arif tentangnya sehingga melepaskan beberapa pelantikan jawatan penting biarpun ia bercanggah dengan peraturan? Sesungguhnya sejak berlaku 'rampasan kuasa' MB Perlis pada tahun 2008, ramai yang masih enggan membaca apa yang terkandung di dalam Undang-Undang Tubuh Kerajaaan Negeri Perlis termasuklah Penasihat Undang-Undang Negeri Perlis sendiri. Sedarlah bukan hanya hal berkaitan pelantikan MB sahaja yang mengejutkan tetapi banyak lagi. Banyak pelantikan jawatan tertentu yang jelas mebelakangi undang-undang ini termasuklah pelantikan hakim mahkamah syariah dan jawatan eksekutif lain. Semua ini seperti dibiarkan sehingga merosakkan sistem itu sendiri. Tentunya sebagai seorang mufti yang tinggi amanahnya, beliau tak sanggup menanggung beban akibat pelanggaran hak dan akauntabiliti oleh sesetengah individu dalam negeri Perlis ini.

Secara peribadi, penulis pernah bertemu S.S Dr.Juanda Jaya dalam beberapa majlis di Kuala Lumpur dan saya kagum dengan sikap yang ditunjukkan. Beliau seorang yang mesra dan 'humble' serta tak menjadikan jawatan Muftinya sebagai penghalang untuk penulis mendekatinya. Oleh yang demikian, usah terkejut kalau beliau mngambil keputusan meletakan jawatannya dalam masa terdekat. Sekiranya ia berlaku, tentu akan ada banyak kisah tersirat dan mungkin apa yang dituliskan ini akan menjadi rujukan awal. Kita sama nantikan kegemparan ini. Penulis yakin ia amat pasti dan benar!!!!

Terima kasih....

SL: Suka menantikan komen terus daripada Dr. Juanda Jaya sendiri. :-)

No comments:

Post a Comment