Thursday 23 February 2012

Bukan Sharing Itu Tandanyer Caring.......


Salam Bloggers!
Kepada Mereka Yang Bernama Pemimpin!
Fahamilah ucapan Abu Bakr al-Siddiq apabila menjadi khalifah:
“Wahai manusia, sesungguhnya aku telah dilantik menjadi pemimpin kamu, bukanlah aku yang terbaik dalam kalangan kamu. Jika aku betul, tolonglah aku. Jika aku salah, betulkanlah aku. Benar itu adalah amanah, bohong itu adalah khianat. Orang yang lemah dalam kalangan kamu adalah kuat di sisi sehingga aku mengembalikan haknya. Orang yang kuat dalam kalangan kamu, lemah di sisiku sehingga aku mengambil daripadanya hak (menghalang apa yang bukan haknya), insya Allah. Jangan kamu meninggalkan jihad, kerana tidak ada kaum yang meninggalkan jihad, melainkan Allah timpakan mereka dengan kehinaan. Taatlah aku selagi aku taatkan Allah dan RasulNya. Jika aku derhakakan Allah dan RasulNya, maka tiada ketaatan untukku” (Ibn Athir, Al-Kamil fi al-Tarikh, 1/361).

Teman cedok kat sini: Bilakah Sultan Menjadi Bayangan Allah Di Bumi

tq!

SL..

Wednesday 22 February 2012

HoT GiLeR Wei!!! JaNGaN SYoK SeNDiRi YeR......

Salam Bloggers!

Cukup mendalam ilmu balaghah yang dimaknakan oleh Al-Ustaz Kazim Elias dalam video yang diuploadkan oleh saudara Minaq Jinggo

http://www.youtube.com/watch?v=rpYZ2cSlxNU&feature=related

Mau kalau tak mau nak faham juga.. apalah nasib kita.. malang teruslah malang.....

tq!

SL..

Antara Taksub dan Assobiyyah...

Salam Bloggers!


“Perjuangan bangsa jika bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam adalah diharamkan. Namun, usaha memartabatkan bangsa jika tidak bertentangan dengan prinsip-prinsip Islam seperti prinsip persaudaraan Islam, keadilan untuk semua dan tidak menghina bangsa lain, maka ia diizinkan, bahkan terpuji." Dr. MAZA


Moh kiter bincangkan, mana tau ada juga pahalanyer yop!


Semangat WASOTIYYAH Beb!!!


tq!


SL..

Tuesday 21 February 2012

Depa kata kat oghang takpa... oghang kata kat depa tak boleh pulak?? Pelik betui la PAS nie...

Salam Bloggers!

Kadang-kadang nak tergelak pun ada dengan cara berpolitik maha hebat oleh puak yang mengaku memperjuangkan ISLAM di Malaysia ini. Apabila ada segelintir yang menuduh UMNO itu KAFIR tak pula nak gaduh dan bising-bising tetapi apabila laporan ini keluar jelas menunjukkan mereka takut sangat kalau tanggapan yang diberikan kepada mereka itu benar dan diterima umum lalu apalagi... macam biasalah dalam era teknologi terkini ini, saman-menyaman dijadikan senjata oleh puak iman yang tinggi ini. Hairan sungguh! Sempat melayari akaun facebook seorang teman di utara tanah air dan amat terkejut bila kenyataan selamba menyatakan UMNO itu KAFIR tak pula ditarik balik walaupun telah diminta oleh seorang rakannya yang kebetulan berada di sebelah satu lagi. Pelik tapi benar!! :)

Cuba baca kenyataan facebooker tajaan PAS ini......

tq!

SL..


ANWAR Saman WSJ???

Salam Bloggers!

Seperti yang dijangkakan DSAI takkan menyaman Wall Street Journal atas kenyataan yang menyokong Israel baru-baru ini.

Maka apa yang cuba ditegaskan oleh Al-Mursyid Al-'Am PAS hanya umpama gertak keling sahaja untuk meraih simpati penyokong taksub dalam kalangan parti yang kini dikaitkan terus dengan menjaga hal-hal adat dan sukan di Selangor itu.

Maka ''STERENG'' akan terus ''LUIH'' lantaran sikap bermuka-muka oleh pimpinan tertentu untuk menjaga kepentingan kuasa semata-mata. Benarkah ini perjuangan ISLAM yang dilaungkan oleh sebuah parti yang barisan kepimpinan UTAMAnya hanya 20% sahaja atau mereka akan terus menggunapakai hujah NEGARA KEBAJIKAN demi untuk terus menipu rakyat.

ermm... layan ajer la.....

SL..



Salam Pemula Salam Stereng Luih......

Salam Bloggers!

Gendang perang sudah dipalu.. Usah menanti waktu rebah baru mahu berubah.... Usah menyalah kalau bersalah... Usah menyalak kalau tak mampu... Usah berjuang kalau takut selain Yang Maha Satu.. Kebenaran mesti dan wajib didahulukan....Wasotiyyah!!!

SL..